Friday, 18 January 2013

KOMUNIKASI


Secara umum, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.

PROSES KOMUNIKASI




CONTOH-CONTOH KOMUNIKASI


1) KOMUNIKASI LISAN


Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.


2) KOMUNIKASI BUKAN LISAN


Komunikasi bukan lisan adalah proses komunikasi di mana pesanan disampaikan tanpa menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi bukan lisan ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan pandangan mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.

APA ITU TEKNOLOGI?


Teknologi ialah objek dan aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Teknologi dilihat sebagai satu kaedah menangani masalah teknikal dan maklumat teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Teknologi juga dilihat berasaskan kajian saintifik termaju penggunaan peralatan elektronik yang canggih

CONTOH-CONTOH TEKNOLOGI


1) LAPTOP

2) MESIN BASUH


 3) INTERNET


4) KAMERA DIGITAL

5) TELEFON BIMBIT



CONTOH APLIKASI BUKAN KOMUNIKASI PADA TELEFON BIMBIT

1) INTERNET


2) KAMERA



3) PERMAINAN / GAMES




4) MP3 PLAYER





5) GPS




Wednesday, 16 January 2013

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN APLIKASI BUKAN KOMUNIKASI PADA TELEFON BIMBIT TERHADAP REMAJA

1) INTERNET

Kebaikan:-
  • Memperoleh maklumat terkini dengan pantas
  • Memudahkan proses pembelajaran
Keburukan:-
  • Memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat yang mungkin boleh merosakkan masa depan mereka.

2) KAMERA

Kebaikan:-
  • Mengambil gambar dan mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil
Keburukan:-
  • Mengambil gambar yang tidak sepatutnya , cth: merakam adengan seks di sekolah, mengintip dan sebagainya.

3) PERMAINAN / GAMES

Kebaikan:-
  • Hiburan untuk menghilangkan rasa bosan dan stres kerana belajar
Keburukan:-
  • Melekakan, hilang fokus ketika mengulangkaji pelajaran, ketagih untuk bermain