Secara umum, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.
Friday, 18 January 2013
CONTOH-CONTOH KOMUNIKASI
1) KOMUNIKASI LISAN
Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.
2) KOMUNIKASI BUKAN LISAN
Komunikasi bukan lisan adalah proses komunikasi di mana pesanan disampaikan tanpa menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi bukan lisan ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan pandangan mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.
APA ITU TEKNOLOGI?
Teknologi ialah objek dan aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Teknologi dilihat sebagai satu kaedah menangani masalah teknikal dan maklumat teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Teknologi juga dilihat berasaskan kajian saintifik termaju penggunaan peralatan elektronik yang canggih
Wednesday, 16 January 2013
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN APLIKASI BUKAN KOMUNIKASI PADA TELEFON BIMBIT TERHADAP REMAJA
1) INTERNET
Kebaikan:-
2) KAMERA
Kebaikan:-
3) PERMAINAN / GAMES
Kebaikan:-
Kebaikan:-
- Memperoleh maklumat terkini dengan pantas
- Memudahkan proses pembelajaran
- Memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat yang mungkin boleh merosakkan masa depan mereka.
2) KAMERA
Kebaikan:-
- Mengambil gambar dan mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil
- Mengambil gambar yang tidak sepatutnya , cth: merakam adengan seks di sekolah, mengintip dan sebagainya.
3) PERMAINAN / GAMES
Kebaikan:-
- Hiburan untuk menghilangkan rasa bosan dan stres kerana belajar
- Melekakan, hilang fokus ketika mengulangkaji pelajaran, ketagih untuk bermain
KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT TERHADAP MASYARAKAT
Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan
Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan telefon bimbit. Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu keluarga sedang menunggu pesanan mereka sampai, anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit. Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa hadapan?
Subscribe to:
Posts (Atom)